JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN KAMI

En.Haris 010-2509765 En.Latif 013-4607740 En.Fahmy 012-9408464

Syariah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian...
Disini ingin saya berkongsi, kebanyakan pefahaman umum tentang bisnes multi-level marketing(MLM) ini. Memang tidak dinafikan ramai yang tertipu oleh syarikat2 diluar sana. Dan kepada mereka yang tertipu, saya tumpang simpati kerana saya sendiri juga pernah merasa bagaimana tertipu dan rugi dalam bisnes ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T hati saya terbuka kembali...
Dibawah adalah penerangan saya, yang saya kaji selidik sendiri tentang syarat2 kepatuhan syariah untuk perniagaan jenis MLM. Mohon maaf jika terdapatnya kesilapan, saya telah mengkaji aktiviti2, program2, proses2 dan segala yang perlu untuk menjadikan sesuatu MLM itu halal seperti yang diutarakan oleh warga2 score A, dalam penyebaran produknya melalui multi-level marketing. Setelah puas saya kaji untuk meyakinkan diri sendiri, disini saya akan bercerita pula untuk memuaskan hati encik, cik, tuan dan puan yang masih belum yakin dengan pelan keusahawanan produk score A ini.

Bismillah...

Setelah memasuki laman web Ustaz Zaharuddin, saya mendapat tahu, terdapat 9 syarat asas(minima) untuk sesuatu pelan marketing itu sah halalnya. Laman Web Ustaz Zaharuddin



1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
  • score A telah menjalankan projek "school project" bertujuan untuk menguji keberkesanan produknya di 14 buah sekolah bestari hasil usahasama Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2002 hingga 2006, hasilnya telah terbukti dan disahkan sendiri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • apa yang terbukti dan disahkan? Produk score A telah mendapat hasil iaitu?  90% pelajar2 yang mengambil program score A mendapat "straight A's" = High Value Product. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengesahkan pelajar2 disekolah2 yang terlibat mendapat keputusan seperti yang berikut.
  • kebanyakan yang menjadi ahli program skor a ini niat bertujuan menjadi Usahawan Score A Programme dan tidak berniat untuk memakainya, jadi? jikalau niat untuk berniaga? salah ke? tidak sekali. jika ada yang berniat untuk membeli sahaja? kami menyarankan untuk membeli produk sahaja, kerana kami adalah usahawan program score a ini. tidak perlu memaksa-maksa sesape yg ingin membeli produk ini untuk menjadi ahli usahawan semata-mata kerana wang.
  • kesimpulannya? produk ini ada kualiti, kualiti produk ini menarik ramai diluar sana untuk menjadi ahli usahawan. tiada masalah dalam bentuk harga, kerana perbincangan dan ijtihad antara 2 ulama dengan pakar perunding kenshido international sdn bhd, bersetuju bahwa, harga ini berpatutan dengan harga cadangan oleh pakar perunding syarikat, kerana kos Research and Development (1999~2002), kos "school project" (2002~2006), kos waktu(masa yang diambil bertahun lamanya), kos pengilangan produk(sikit sahaje), kos maintenance server, kos pembelian server , kos pembayaran gaji pekerja, dan semua kos-kos lain terutama kos yang terlibat dalam penghasilan produk ini yang menjadikan produk ini sesuatu yang berjaya. akhir kata, harga produk score A setaraf dengan kualitinya yang luar biasa hebat dan terjamin sekarang ini.
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
  • Program score A terang2 adalah bukan produk emas atau perak.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
  • Ini perlu diterangkan didalam seminar percuma/preview kami, anda perlu menghadirinya jika ingin tahu berapa komisyen yang diberikan kepada ahli, kerana mereka(pakar) lebih jelas dan arif untuk bercerita dengan anda apabila anda berada dihadapannya(dlm bilik preview) dan kemukan soalan anda kepadanya jika tidak faham, saya juga boleh terangkan kepada anda, tetapi bukan disini(laman web) kerana risau tersalah taip dan pening kepala nak susun ayat...walaupun saya ada terang sedikit disini tapi tidak lengkap, sila hadir ke preview.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
  • saya membeli ePartner Premium , RM 2488, dengan tujuan ingin menjadi ahli usahawan, harga ini seolah-olah membeli 3 set portal score A program tetapi percuma 2 set portal dan 3 akaun bisnes(saya punya). dengan RM 2488, saya dapat 5 set portal S.A.P dan 3 akaun percuma.
  • saya berjaya menjual produk yang sama kepada seorang pelajar(dia dapat percuma 3 akaun) dengan harga Rm2488, saya mendapat keuntungan RM300 dari hasil jualan tersebut.
  • saya menjual satu lagi ePartner Premium dan berjaya mendapat RM300 lagi, oleh kerana sudah ada 2 pembelian(mereka mendapat akaun bisnes percuma (2org x 3 akaun = 6akaun@3matching) ) dibawah saya, maka saya mendapat komisyen "matching" bernilai RM810(RM90 x 3match x 3 akaun saya). keuntungan saya + bonus komisyen, 300 + 300 + 810 = RM1410
  • disini saya ingin tunjukkan bahwa, keuntungan dan komisyen datang daripada hasil penjualan produk dan bukan mengikut kepala atau ahli yang ditaja.
  • kalau ikutkan ahli yang ditaja, bermaksud mereka seperti membayar yuran keahlian maka keuntungan dan komisyen berhasil daripada yuran keahlian. 
  • dan "kepala" pula adalah komisyen/hadiah yang diberikan oleh syarikat hanya kerana kita dapat menarik seseorang untuk menjadi ahli dalam skim MLM nya. contohnya ayat "ahmad, ko join la...bayar keahlian memang la mahal sikit, tapi syarikat akan bagi upah sebab ko registerkan orang lain pula untuk company" ATAU "ahmad, kalo ko dapat ajak seorang dan dia JOIN, syarikat akan bagi ko duit" YANG SEPATUTNYA "ahmad, kalo ko dapat JUAL PRODUK ikut pakej yang dia orang nak, syarikat akan bagi sedikit untung bersih dari penjualan produk tu kepada ko"
  • maka disini, yang BOLEH itu adalah keuntungan dan komisyen melalui PENJUALAN PRODUKNYA, BUKAN daripada YURAN KEAHLIAN dan BUKAN daripada HADIAH SYARIKAT SEMATA-MATA. pokoknya, MESTILAH BERHAK untuk mendapat komisyen dan keuntungan melalui jualan, JIKA ANDA MENDAFTARKAN AHLI UNTUK SYARIKAT ATAU MENCARI AHLI UNTUK SYARIKAT, ANDA SEPATUTNYA MEMPUNYAI GAJI BULANAN SEBAGAI UPAH SEBAB BEKERJA UNTUK MEREKA DAN BUKAN UPAH MELALUI PELAN MARKETING. saya tekankan lagi, anda MESTI JUAL PRODUK. dan BUKANNYA UMPAMA BEKERJA untuk syarikat.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
  • ok...disini pula, dikatakan si ahli TIDAK BOLEH DIPAKSA ATAU TERPAKSA BELI PRODUK TIAP2 BULAN BARU DAPAT KOMISYEN. dan juga, JIKA ADA SYARAT2 JUALAN MINIMA ikut asas ju'alah(patuhi syarat dan rukun ju'alah).
  • didalam score A, jika seorang ahli baru berjaya menjual produk kepada seorang pembeli, dan pembeli itu membeli pakej RM796(percuma 1 akaun) maka ahli baru itu akan boleh dapat komisyen dalam tempoh satu bulan tanpa perlu membayar maintenance. jika tiada penjualan produk dalam tempoh sebulan, maka si ahli perlu membayar maintenance fee setiap bulan berjumlah RM198 dan syarikat setiap bulan memberikan code topup S.A.P. percuma kepada ahli usahawan. 
  • disini kita boleh lihat, ahli2 tidak perlu membeli sebarang produk dari syarikat untuk terus mendapat komisyen dari level2 dibawahnya..
  • kita dapat lihat, sesetengah syarikat diluar sana, meletakkan syarat, CONTOHNYA, ahli perlu membeli sekurang2nya satu jenis produk seperti "spirulina" dari kami sebagai maintenance fee untuk membolehkan ahli terus menerus mendapat komisyen. ini mirip paksaan belian.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
  • Atas syarat ini, syarikat berdaftar (AJL 931448) Kenshido International Sdn. Bhd. mengadakan pelbagai program untuk memastikan setiap ahlinya mempunyai HAK KEATAS KOMISYEN yang diperoleh setiap ahlinya.
  • Contohnya apa? Preview tiap2 malam di tempat yang berlainan, disana Upline ada, disana jugaklah Downline membawa prospek2 baru pada setiap preview, apa yang perlu dilakukan? sentiasa pesan kepada downline anda untuk membawa prospek berjumpa dengannya, lepas itu? bercakap lah...menerangkan lebih lanjut, mencadangkan dan memberi nasihat sebagainya...
  • Contoh lagi? macam saya, saya buat website ini untuk kegunaan rakan2, downline2 dan bakal2 downline untuk membolehkan online/on-call closing kepada prospek2 yang berminat. Kawan2 saya memberi alamat website ini kepada downline dan pesanan, amanah dan nasihat yang terkandung sekali gus membentuk rantaian yang membolehkan upline2 mendapat hak dengan usaha walau sebutir pasir pun. 
  • Nak lagi? group meeting, leaders meeting, new distributor orientation, makan dan berbincang bersama(lupa nama aktiviti) dan macam2 lagi aktiviti2 yang berfaedah dan menguntungkan. Jika anda punyai keluarga, anda semua boleh fikir aktiviti2 yang pernah anda buat, ADA dan SEDANG dilakukan didalam program score A ini. Kerana kami mengutamakan kerjasama dan sifat kekeluargaan...kerjasama....kerjasama...
  • Ini semua adalah usaha melalui kerjasama warga2 program score A untuk meyakinkan pelanggan kami terhadap keberkesanan produk dan InsyaAllah...
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
  • hahaha...maaf tergelak, ramai sangat yang tertipu dalam skim piramid tuh....masyaAllah....saya pun kena juga, terkenang kisah lama, geli hati je.
  • ok, perihal skim piramid, YES KAMI BUKAN SKIM PIRAMID, dah ramai orang2 muda, pelajar atau sesiapa sahaja yang mempunyai jumlah keuntungan yang lebih tinggi dari ahli2 yang telah lama masuk program score A ini, kenapa? mereka mengeluarkan tenaga kerja atau erti kata lain, effort, usaha yang lebih...maka mereka lebih banyak mengaut keuntungan dari ahli2 lain yang lebih dahulunya menjadi ahli. JUST DO YOUR BEST, LET ALLAH DO THE REST. INSYAALLAH....
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
  •  ye betol, syarat ini hampir sama dengan syarat yang ketiga diatas.
  • bezanya dimana? syarat 3 adalah berkenaan jumlah komisyen yang diberikan kepada ahli dan ahli bawahannya mestilah jelas, disini, adalah mengenai PERSEMBAHAN SISTEM KOMISYEN DAN BONUS yang TELUS dan BOLEH DIFAHAMI...kalau tak boleh difahami macam mana? ini kes kat sini cerita lain, kat sana cerita lain, putar belih itu lah, inilah...entahlah...
  • juga kepada anda/pembaca perlu ringankan tulang, bukakan hati, kosongkan fikiran, pergi ke preview kami dan mendengar penerangan oleh pakar2 program score A biz. Ingin juga saya pesankan, sila lah hadirkan diri anda dengan ikhlas, tiada niat nak berbuat jahat, mulakanlah langkah anda kedalam preview dengan KOSONG. EMPTY. InsyaAllah anda akan dapat memahami segala yang diterangkan...
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
  • Baiklah, didalam score A, penjualan produk kami mempunyai pakej2 yang tertentu, dengan membeli pakej ahli atau pakej2 penjimatan, bererti kadar keuntungan dan bonus komisyen yang berbeza. 
  • Menjadi ahli perniagaan score A dengan modal yang lebih tinggi akan memberikan anda jumlah komisyen yang lebih tinggi selaras dengan modal yang anda keluarkan.
  • Dan kami sudah pasti la menyediakan pelan marketing bagi mereka(modal berbeza2) pada peringkat awal. Dengan memahami jumlah bonus komisyen dan sistem pengagihan komisyen mengikut pelan pemasaran kami, anda akan memahami kenapa anda dapat bonus komisyen yang lebih kurang dari mereka yang mengeluarkan usaha yang sama banyak dengan anda tetapi modal lebih tinggi.
dan syarikat telah melantik 2 orang panel syariah untuk terus memantau kekemasan, ketelusan dan memastikan sistem pelan marketing yang dijalankan serupa seperti yang dipersembahkan dan dibetulkan jika ada kesilapan.

Alhamdulillah, selesai taip panjang2, harap2 pembaca berpuas hati dengan penerangan saya, jika terkasar bahasa, saya pohon maaf. jika tersilap informasi, saya juga minta maaf, kita saling nasihat menasihati. Segala yang baik itu datang dari Allah, segala yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Wassalamualaikum...